PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN AL-QURAN DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI PAHANG

ZULKEFLY BIN MUKHTAR, ZULKEFLY BIN MUKHTAR (2019) PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN AL-QURAN DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI PAHANG. Masters thesis, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

[img] Text
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN AL-QURAN DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI PAHANG.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penguasaan al-Quran di Kolej Komuniti Negeri Pahang, mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam menguasai al-Quran, mengetahui perbezaan penguasaan al-Quran berdasarkan profil demografi dan pengaruh faktor-faktor pendorong terhadap penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar. Kajian ini memfokuskan pelajar di Kolej Komuniti Negeri Pahang sahaja yang mana melibatkan 200 orang responden. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Proses pengumpulan data melalui instrumen soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Data dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi bacaan al-Quran tinggi (min=4.11), manakala pengetahuan tajwid sederhana tinggi (min=3.65). Skor min bagi pemahaman ayat al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.21), manakala skor bagi hafalan ayat-ayat al-Quran berada pada skor yang tinggi (min=4.02). Bagi aspek faktor yang mendorong minat terhadap al-Quran, bacaan skor min menunjukkan tinggi bagi faktor kesedaran diri sendiri (min=4.13), ibu dan bapa (min=4.22), guru-guru (min=4.22) dan tempat belajar (min=4.26). Manakala skor sederhana tinggi bagi rakan-rakan (min=3.67). Hasil analisis ujian-t bagi menguji perbezaan penguasaan al-Quran berdasarkan jantina menunjukkan skor min yang signifikan (p=0.002<0.05). Analisis ujian Anova bagi menguji perbezaan penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar berdasarkan umur menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.523>0.05), perbezaan berdasarkan kolej komuniti menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.088>0.05), perbezaan berdasarkan semester pengajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.048<0.05), perbezaan berdasarkan kursus pengajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.024<0.05), perbezaan berdasarkan latar belakang pendidikan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.000<0.05). Implikasi daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa, persepsi pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang terhadap penguasaan al-Quran adalah tinggi. Pelajar juga bersetuju bahawa faktor kesedaran diri, ibu dan bapa, guru-guru, tempat belajar dan rakan-rakan menjadi pendorong bagi pelajar untuk menguasai al-Quran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Universiti > Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Depositing User: Encik Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin
Date Deposited: 04 Sep 2025 15:50
Last Modified: 25 Sep 2025 14:49
URI: https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/128

Actions (login required)

View Item View Item