Repository Policies
Repositori Digital KPT merupakan repositori institusi (institutional repository) yang mengumpul, memelihara serta menyediakan koleksi terbitan KPT dalam bentuk digital untuk dirujuk. Bahan digital yang terdapat di dalam Repositori KPT ini merangkumi:
a) Tesis
b) Bahan Terbitan KPT
c) Foto Program
Untuk kategori tesis, pengguna hanya dibenarkan untuk mengakses kepada abstrak sahaja dan perlu memohon kepada Pusat Sumber melalui e-mel sekiranya memerlukan maklumat lanjut. Manakala bagi bahan terbitan KPT dan foto program boleh diakses sepenuhnya oleh warga KPT dan umum.
Isu-isu yang berkaitan dengan hakcipta tertakluk kepada undang-undang, akta dan peraturan sedia ada.
Pengguna sistem ini tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1987. Pusat Sumber Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pengeluaran semula, menyimpan, pengedaran semula atau sebarang penyalahgunaan mana-mana penerbitan hak cipta yang dikenakan caj komersial atau diwajibkan di sisi undang-undang. Penggunaan untuk maklumat hanya untuk tujuan individu dan pendidikan yang berdaftar sahaja.
Bagi bahan yang tidak dibenarkan akses, pengguna boleh membuat permintaan akses melalui laman web pendigitalan bahan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada pihak pengurusan perpustakaan.