Pembangunan dan Pengujian Koswer Interaktif Berdasarkan Model Needham 5 Fasa

Sabran, Suhana (2020) Pembangunan dan Pengujian Koswer Interaktif Berdasarkan Model Needham 5 Fasa. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
LAPORAN PROJEK SARJANA (SUHANA SABRAN HB170059).pdf

Download (6MB)

Abstract

Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang dijalankan oleh para pensyarah pada masa kini seharusnya menggunakan teknik dan strategi penyampaian yang lebih terkini dan menarik. Berdasarkan hasil tinjauan literatur, didapati pelbagai isu timbul apabila pelajar merasakan suasana pembelajaran membosankan dan menyebabkan mereka kehilangan minat untuk memberikan penumpuan kepada proses PdP yang mana akhirnya menyebabkan mereka keciciran dalam pembelajaran. Pengkaji melihat terdapatnya satu keperluan dalam membangunkan sebuah koswer interaktif yang telah dibuktikan oleh banyak kajian lepas dapat menyelesaikan segala isu yang diperkatakan dalam PdP. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah koswer interaktif yang menggunakan Model Needham 5 Fasa sebagai pendekatan strategi pembelajaran. Isi kandungan koswer interaktif berpandukan sepenuhnya kepada kurikulum Kursus Engineering Science dan perisian Microsoft PowerPoint 2016 telah digunakan dalam membangunkan koswer interaktif. Reka bentuk kajian adalah pembangunan produk yang melibatkan tinjauan secara kuantitatif dan data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Borang senarai semak dan borang soal selidik berskala likert empat mata dijadikan sebagai instrumen telah disahkan oleh 3 orang pakar bidang dan telah diuji mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi melalui kajian rintis (nilai alpha, α = 0.97). Terdapat 2 jenis pengujian yang dijalankan iaitu pengujian tahap kebolehfungsian daripada 6 orang responden pakar bidang dan pengujian tahap kebolehgunaan dikalangan 109 orang responden pelajar. Hasil dapatan kajian mendapati, koswer interaktif yang direka bentuk dan dibangunkan dikenalpasti mempunyai tahap kebolehfungsian yang tinggi (purata peratus keseluruhan = 97.5 %) dan tahap kebolehgunaan yang tinggi (skor min = 3.34, sisihan piawai = .540) berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, koswer interaktif ini boleh digunakan sebagai sebuah ABBM oleh pensyarah dan sebagai salah satu rujukan utama pelajar dalam Kursus Engineering Science.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Education > Theory and practice of education
Depositing User: ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN
Date Deposited: 22 Jun 2026 16:43
Last Modified: 22 Jun 2026 16:43
URI: https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/283

Actions (login required)

View Item View Item