PEMBANGUNAN KOMPONEN PENILAIAN PEMERIKSAAN KECACATAN BUMBUNG CURAM UNTUK BANGUNAN SEKOLAH DI MALAYSIA

MOHAMAD HASZIRUL MOHD HASHIM, MOHAMAD HASZIRUL (2021) PEMBANGUNAN KOMPONEN PENILAIAN PEMERIKSAAN KECACATAN BUMBUNG CURAM UNTUK BANGUNAN SEKOLAH DI MALAYSIA. Doctoral thesis, UNIVERSITI MALAYA.

[img] Text
PEMBANGUNAN KOMPONEN PENILAIAN PEMERIKSAAN KECACATAN BUMBUNG CURAM UNTUK BANGUNAN SEKOLAH DI MALAYSIA.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (47MB) | Request a copy

Abstract

Pemeriksaan adalah kaedah pengurusan penyenggaraan bagi mengenaipasti kecacatan. Pemeriksaan dilakukan secara visual yang dikategorikan dalam ujian tidak merosakan (UTMr). Pemeriksaan ini berdasarkan cara dan pengalaman pemeriksa untuk menilai kecacatan. Ini menyebabkan penilaian yang subjektif dan tiada keseragaman maklumat oleh pelbagai pemeriksa. Tujuan penyelidikan untuk menghasilkan senarai semak dan menentukan kriteria rubrik klasifikasi tahap kecacatan pada pemeriksaan bumbung curam. Rekabentuk rubrik telah menyediakan empat (4) objektif seperti jenis dan tahap kecacatan, komponen bumbung curam, rekabentuk senarai semak dan rekabentuk kriteria kecacatan pada skala. Rekabentuk penyelidikan berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan kajian literatur telah digunakan untuk mencapai objektif pertama dan kedua. la kemudiannya melalui proses pengesahan secara temubual bersama stakeholder untuk mendapat pengesahan. Hasil daripada temubual telah mengesahkan bahawa terdapat empat (4) kecacatan yang sesuai dalam pemeriksaan struktur dan tiga puluh (30) komponen bumbung curam. Maklumat ini bagi mencapai objektif ketiga dalam rekabentuk senarai semak. Rekabentuk rubrik telah melalui dua peringkat pengumpulan data iaitu meialui kajian rintis seramai lima belas (15) orang pakar dan data utama seramai tiga puluh (30) orang pakar. Senarai semak dan rubrik telah disemak oleh sepuluh (10) orang pakar sebelum digunakan. Setiap petunjuk dianalisis menggunakan perisian SPSS. Pengujian senarai semak telah dilaksanakan di sebuah sekolah yang mempunyai struktur bumbung curam kayu dan besi. Kesimpulannya, data menunjukkan rubrik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. la menghasilkan senarai semak dan rubrik dalam membuat penilaian kecacatan pada komponen struktur bumbung curam. la sebagai sumbangan dalam pengurusan penyenggaraan bangunan kepada kaedah pemeriksaan. Ini bagi memastikan maklumat pemeriksaan yang konsisten oleh pelbagai pemeriksa.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Universiti > Universiti Malaya (UM)
Depositing User: Encik Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin
Date Deposited: 24 Oct 2024 09:23
Last Modified: 24 Oct 2024 09:23
URI: https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/29

Actions (login required)

View Item View Item