Abdul Halim, Ainul Husna (2019) Pembinaan Instrumen Strategi Matakognitif dalam Kalangan Pelajar Universiti Menggunakan Model RASCH. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
Text
AINUL HUSNA BINTI ABDUL HALIM.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen strategi metakognitif dalam kalangan pelajar universiti menggunakan model Rasch. Kajian turut membina norma dan profil strategi metakognitif pelajar universiti serta mengenalpasti perbezaan skor min strategi metakognitif antara pelajar lelaki dan perempuan. Instrumen ini dibina berasaskan tiga sub-konstruk penting iaitu kesedaran strategi kognitif, perancangan serta pemantauan dan penilaian kendiri. Seramai 1343 orang pelajar universiti tahun pertama di Pulau Pinang telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Kesahan kandungan (S-CVI/Ave) item-item yang dibina adalah 0.96 berdasarkan semakan pakar. Pengujian item – item dilakukan dengan dianalisis menggunakan perisian WINSTEPS 3.72.3. Dapatan menunjukkan sebanyak 16 item telah memenuhi semua andaian pada model Rasch. Hasil analisis turut mendapati kebolehpercayaan individu adalah 0.85 dan kebolehpercayaan item adalah 0.98. Instrumen menunjukkan ciri-ciri psikometrik yang baik daripada aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Selain itu, berdasarkan pembinaan norma, dapatan menunjukkan strategi metakognitif terhadap pelajar universiti berada pada tahap sederhana. Ujian t sampel bebas mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam skor min (logits) strategi metakognitif pelajar lelaki (M= 1.80, SP= 1.35) dan pelajar perempuan (M= 2.08, SP=1.46), t (1341)= -3.159, p = 0.002. Oleh itu, kajian ini menghasilkan instrumen yang boleh digunakan oleh universiti untuk mengenal pasti strategi metakognitif pelajar bagi tujuan bimbingan dan peningkatan keupayaan diri pelajar. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada pelajar untuk lebih mendalami strategi metakognitif dalam diri mereka berdasarkan kepada item – item pengukuran yang telah dibina dalam konteks universiti di Malaysia.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | Education > Education (General) |
| Depositing User: | ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN |
| Date Deposited: | 24 Jun 2026 15:53 |
| Last Modified: | 24 Jun 2026 15:53 |
| URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/298 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
