ABDULLAH, MOHAMAD AZMI (2021) HUBUNGAN ANTARA LITERASI KEWANGAN ISLAM DENGAN PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MUSLIM. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
|
Text
Azmi - 10.05.2021.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terdedah kepada kegagalan akibat daripada pelbagai faktor. Antara faktor kemerosotan prestasi PKS adalah faktor literasi kewangan (LK). Kadar kegagalan PKS dalam tempoh 5 tahun permulaan operasi didapati sekitar 60 peratus, manakala PKS Muslim (PKSM) pula menunjukkan kadar yang lebih tinggi sekitar 82 peratus. Kegagalan ini antara lain berkait rapat dengan isu LK di mana kajian menunjukkan hanya sekitar 40% dalam kalangan usahawan mempunyai kadar LK yang baik. Selain itu, niat keusahawanan juga mampu memberikan petunjuk kepada kecenderungan aktiviti keusahawanan di mana ia mampu mempengaruhi Niat untuk Berjaya PKS Muslim (NBPKSM) seterusnya memberi kesan kepada prestasi PKS secara umum. Berdasarkan kepada perkara yang dinyatakan di atas, kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis hubungan Literasi Kewangan Islam (LKI) serta NBPKSM terhadap prestasi PKS. Teori Kelakuan Terancang (TPB), Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), Teori Kejayaan Usahawan serta Teori Firma dijadikan asas dalam kajian ini. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, sebanyak 467 responden dipilih secara rawak berstruktur. Responden terdiri daripada PKS di Kuala Lumpur dan Selangor. Data diperoleh melalui soal selidik yang dibangunkan berdasarkan teori-teori di atas. Hasil soal selidik yang lengkap kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) dan SEM-PLS. Dapatan kajian menunjukkan Persepsi Kawalan Tingkah Laku (PBC) dan Sikap (ATT) mempengaruhi NBPKSM di Selangor dan Kuala Lumpur namun, Norma Subjektif (SN) didapati tidak signifikan. Selain itu, NBPKSM turut mempunyai hubungan positif terhadap prestasi perniagaan. LKI turut mempunyai hubungan positif terhadap NBPKSM dan prestasi perniagaan. Ujian pemboleh ubah demografi, LKI dan keberagamaan didapati menjadi pemboleh ubah penyederhana (moderator) yang signifikan dalam hubungan antara NBPKSM dan prestasi perniagaan. Dapatan kajian ini boleh dijadikan input kepada pembuat dasar untuk mengukuhkan LKI dan NBPKSM dalam kalangan PKS Muslim
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Subjects: | Social Sciences > Commerce |
| Depositing User: | ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN |
| Date Deposited: | 07 Jul 2026 17:38 |
| Last Modified: | 07 Jul 2026 17:38 |
| URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/315 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
