KERANGKA KOMPETENSI PENGURUS FASILITI DI PERINGKAT PRA PEMBINAAN

JENUWA, NORSYAZWANA (2021) KERANGKA KOMPETENSI PENGURUS FASILITI DI PERINGKAT PRA PEMBINAAN. Doctoral thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] Text
norsyazwanapgh143015d21ttt.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Penglibatan Pengurus Fasiliti pada peringkat pra pembinaan berpotensi mengurangkan kos penyelenggaraan pada peringkat operasi dan penyelenggaraan. Oleh itu, satu garis panduan peranan dan kompetensi Pengurus Fasiliti diperlukan sebagai panduan untuk memilih pekerja dan juga untuk mengekalkan tahap keupayaan mereka dalam menjalankan tugas. Sekiranya organisasi tidak mempunyai tema rujukan peranan dan kompetensi, organisasi tersebut mempunyai risiko menghadapi kegagalan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi Pengurus Fasiliti hospital; untuk menentukan kompetensi Pengurus Fasiliti di peringkat pra pembinaan projek hospital; dan untuk membangunkan kerangka kompetensi Pengurus Fasiliti di peringkat pra pembinaan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengagihan borang soal selidik kepada individu yang terlibat secara langsung dalam projek pembinaan hospital di Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan teknik analisis deskriptif, pengiraan nilai indeks kepentingan relatif (RII) dan analisis menggunakan kaedah Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) dan Permodelan Persamaan Berstruktur – Penganggaran Kuasa Dua Terkecil Separa (SEM-PLS). Hasil kajian mendapati bahawa hampir keseluruhan responden berpendapat bahawa faktor kepimpinan, faktor komunikasi, faktor operasi dan penyelenggaraan, faktor manusia, faktor pengurusan hartanah dan harta benda, dan faktor keseimbangan perniagaan adalah faktor yang mempengaruhi kompetensi Pengurus Fasiliti pada peringkat pra pembinaan. Dapatan kajian ini telah menyumbang kepada peningkatan kefahaman tentang kepentingan kompetensi Pengurus Fasiliti pada peringkat pra pembinaan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Technology > Building construction
Depositing User: ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN
Date Deposited: 27 Jul 2026 16:19
Last Modified: 27 Jul 2026 16:19
URI: https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/370

Actions (login required)

View Item View Item