ABD KADIR, NURHAFIZAH (2021) GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DIPLOMA PERKHIDMATAN AMALAN HALAL (DHF) DI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI, POLITEKNIK MALAYSIA. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah.
|
Text
KERTAS PROJEK - GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DHF DI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI , POLITEKNIK MALAYSIA (2).pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dalam pengurusan halal di samping mengenal pasti tahap kefahaman pelajar serta faktor-faktor kelemahan pelajar dalam mempelajari subjek yang berkaitan dengan halal. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kefahaman pelajar berdasarkan demografi dan hubungan gaya pembelajaran pelajar terhadap tahap kefahaman pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 137 orang responden yang dipilih secara rawak daripada pelajar dari dua buah Politeknik yang mewakili Zon Utara dan Zon Tengah. Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan ini menggunakan satu set soal selidik bertujuan untuk mengumpul hasil kajian. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian IBM SPSS statistik versi 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran pelajar DHF berada pada tahap sederhana tinggi di mana rangsangan emosi dengan skor min 3.57, rangsangan sosial 3.86, rangsangan fizikal 3.79, dan rangsangan psikologi 3.93 berada pada tahap sederhana tinggi kecuali rangsangan persekitaran dengan skor min 4.11 iaitu berada pada tahap tinggi. Manakala dapatan min keseluruhan bagi tahap kefahaman pelajar berada pada tahap tinggi iaitu 4.34. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor demografi tetapi terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan tahap kefahaman pelajar dengan nilai r = 0.56 di mana ia berada pada interpretasi sederhana. Implikasi daripada kajian ini pelajar dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang lebih sesuai yang mampu memaksimakan kefahaman berkaitan halal sekali gus membantu Malaysia melahirkan graduan yang memenuhi pasaran hub halal global. Para pensyarah juga mencipta suatu kaedah gaya pembelajaran yang terbaik untuk pelajar dalam memahami pengurusan halal bagi melahirkan graduan yang mampu melonjakkan nama negara sebagai Hub Halal Global.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | Education > Theory and practice of education |
| Depositing User: | ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN |
| Date Deposited: | 29 Jul 2026 16:43 |
| Last Modified: | 29 Jul 2026 16:43 |
| URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/379 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
