RAHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN, RAHIMAH (2020) KECEKAPAN INDUSTRI PENSYARAH POLITEKNIK DAN KESEJAJARANNYA DENGAN KEPERLUAN PASARAN TVET. Doctoral thesis, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
![]() |
Text
KECEKAPAN INDUSTRI PENSYARAH POLITEKNIK DAN KESEJAJARANNYA DENGAN KEPERLUAN PASARAN TVET.pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (12MB) | Request a copy |
Abstract
Pembangunan modal insan merupakan laktor kritika! bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Tenaga kerja yang mempunyai kecekapan adalah penting untuk menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor industri. Saiah satu 1'aktor yang membantu dalam penghasilan tenaga kerja berkecekapan tinggi adalah dengan memastikan kecekapan pensyarah di institusi TVET adaiah berkualiti daiam mendidik peiajar supaya seiring dengan keperluan industri. Waiau bagaimanapun, masih lerdapat rungutan dari kalangan majikan kepada pensyarah tentang kekurangan mereka daiam perkembangan semasa dan kurang pengalaman atau pengetahuan induslri dan kadang kala pensyarah juga tidak terdedah dengan kemajuan teknologi dan juga cara kerja yang wujud daiam tempat kerja yang terkini. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kecekapan industri yang dimiliki oleh pensyarah politeknik dan keperluan kecekapan di dalam pasaran TVET seterusnya melihat kesejajaran di antara kedua-duanya. Selain itu kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti amalan-amalan yang digunakan dalam penerapan kecekapan industri di politeknik dan industri. Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik dan temubual. Populasi dan persampelan di dalam kajian ini adalah melibatkan pensyarah-pensyarah politeknik dan pihak industri dalam bidang kejuruteraan. Seramai 252 orang pensyarah politeknik dan 245 responden dari industri telah menjawab soal selidik. Soal selidik dibina berdasarkan enam domain yang telah dikenalpasti iaitu pengetahuan professional, kemahiran teknologi, kemahiran mengurus maklumat, kemahiran komunikasi dan interpersonal, kemahiran berfikir, dan kualiti personal. Seramai 6 orang peserta lerlibat dalam temu bual semi struktur untuk meninjau dengan lebih mendaiam berkaitan keeekapan industri di kedua-dua organisasi. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0 yang melibatkan jumlah skor, min, peralus dan sisihan piawai, ujian-i dan analisis varian. Dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan nilai min penguasaan keeekapan industri pensyarah di polileknik adalah berada pada tahap tinggi bagi ke enam-enam domain kecekapan dengan nilai skor min adalah 4.35, 4.19, 4.17, 4.11, 4.04, dan 3.98. Bagi dapatan kajian terhadap keperluan keeekapan dalam industri juga berada pada tahap tinggi bagi ke enam-enam domain kecekapan dengan nilai skor min adalah 4.37, 4.29, 4.18, 4.15, 4.02, dan 3.95. Berdasarkan dapatan tersebut kecekapan industri dalam kalangan pensyarah politeknik dan kecekapan yang diperlukan dalam pasaran TVET mempunyai kesejajaran antara saiu sama lain berdasarkan domain yang dikaji. Walaubagaimanapun aras kesejajaran bagi setiap domain kecekapan tersebut adalah berbeza-beza. Manakala hasil dapaian temubual menunjukkan terdapat keperluan dan kepentingan untuk memiliki pengalaman industri bagi pensyarah TVET dalam memastikan modal insan yang dihasilkan adalah dapat memenuhi kehendak pasaran TVET.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti > Universiti Sains Malaysia (USM) |
Depositing User: | Encik Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin |
Date Deposited: | 21 Oct 2024 18:33 |
Last Modified: | 11 Mar 2025 08:51 |
URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/24 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |