NUR IDIENTEE BINTI ABD HALIM, NUR IDIENTEE (2019) PERANAN PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI PULAU LANGKAWI DARIPADA PERSPEKTIF TEORI PERMODENAN EKOLOGIKAL. Doctoral thesis, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
![]() |
Text
PERANAN PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI PULAU LANGKAWI DARIPADA PERSPEKTIF TEORI PERMODENAN EKOLOGIKAL_NUR IDIENTEE OCR.pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (18MB) | Request a copy |
Abstract
Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal dengan kemasukan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Kajian ini bertujuan menganalisis hubungkait peranan pelbagai pihak berkepentingan dalam pembangunan pelancongan daripada perspektif teori permodenan ekologikal. Temubual berdasarkan satu set soal selidik dengan 400 orang responden. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan SEM AMOS. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungkait antara peranan pihak kerajaan-industri, kerajaan-masyarakat dan industri-masyarakat.Pihak kerajaan melaksanakan peranannya dengan memperuntukkan modal kewangan untuk menyediakan pelbagai inhastruktur kegunaan pihak masyarakat serta mengawal polisi undang-undang berhubungan secara positif dengan peranan pihak masyarakat iaitu menjadi sumber manusia kepada infrastruktur yang disediakan kerajaan juga menjaga alam sekitar tanpa melanggar polisi undang-undang yang dikawal kerajaan dan memberi sokongan kepada projek pelancongan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Hubungkait peranan pihak kerajaan dan pihak industri melibatkan modal kewangan yang dikeluarkan untuk menyediakan infrastruktur kegunaan pihak industri supaya pihak industri dapat melaksanakan peranannya untuk menyediakan perkhidmatan penginapan yang berkualiti serta perkhidmatan makanan yang pelbagai pilihan, selain itu polisi undang-undang yang dilaksanakan kerajaan perlu dipatuhi oleh industri dalam aktiviti harian mereka supaya tidak mengakibatkan pencemaran atau kerosakan. Pihak industri dan masyarakat berhubungkait dalam peranan untuk menyediakan perkhidmatan penginapan dan makanan yang berkualiti serta pelbagai pilihan dimana masyarakat sentiasa memberi sokongan kepada projek pelancongan dianjur industri serta menjaga alam sekitar terutama kawasan tumpuan pelancong. Hubungkait peranan setiap pihak adalah positif dan signiHkan pada nilai p<0.05, mencapai objektif serta menjawab persoalan kajian.Kesimpulannya, peranan setiap pihak perlu untuk mengikut arus permodenan tetapi tidak mengabaikan kelestarian kawasan pelancongan yang sediaada. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh sektor lain yang berpotensi untuk lebih memberi sumbangan kepada negara. Pendedahan tentang pembangunan pelancongan berguna kepada generasi akan datang supaya lebih menghargai alam juga sebagai perkembangan ilmu berkaitan industri pelancongan kepada penyelidik pada masa akan datang.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti > Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Depositing User: | Encik Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin |
Date Deposited: | 24 Oct 2024 09:23 |
Last Modified: | 24 Oct 2024 09:23 |
URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/31 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |