AWANG, NOOR HIDAYAH (2020) KESEDIAAN PENSYARAH POLITEKNIK TERHADAP PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DARI ASPEK PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
Laporan Projek Sarjana ( Noor Hidayah HB170061).pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penghasilan graduan TVET berkualiti dan salah satu daripadanya adalah kompetensi pengajar. Oleh itu tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah politeknik dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Selain itu, perbezaan kesediaan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 antara pensyarah bidang kejuruteraan dan bidang bukan kejuruteraan turut dikenal pasti. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Instrumen dibina oleh penyelidik dengan merujuk kepada model Partnership for 21st Century Skills (Osman dan Basar, 2017). 332 orang pensyarah politeknik daripada lima buah zon di Malaysia dipilih secara rawak berstrata untuk dijadikan responden. Data yang dikumpul dianalisis statisitik deskriptif dan inferensi dengan frekuensi, peratusan, skor min, sisihan piawai dan ujian-t untuk sampel bebas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah politeknik mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap ketiga-tiga aspek, pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan bagi pensyarah bidang kejuruteraan dan bidang bukan kejuruteraan kecuali aspek kemahiran dan sikap menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan tersebut. Sebagai rumusan, pensyarah digalakkan supaya bersedia untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 supaya dapat memastikan graduan yang dilahirkan adalah berdaya saing seterusnya memenuhi keperluan industri pada era dunia globalisasi masa kini.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subjects: | Education > Education (General) |
| Depositing User: | ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN |
| Date Deposited: | 21 Jul 2026 14:13 |
| Last Modified: | 21 Jul 2026 14:13 |
| URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/356 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
