YUSRI BIN MOHAMAD RAMLI, YUSRI (2020) WAHDAT AL-ADYAN MENURUT HAMZAH FANSURI. Doctoral thesis, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
![]() |
Text
WAHDAT AL-ADYAN MENURUT HAMZAH FANSURI.pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (31MB) | Request a copy |
Abstract
Dalam menanggapi kepelbagaian agama, tokoh-tokoh tasawuf ialah satu-satunya kelompok dalam dan luar kalangan umat Islam yang menekuni secara mapan menerusi gagasan istimewa wahdat al-adyan atau kesatuan antara agama yang wajar diketengahkan sebagai pendekatan tersendiri dalam pengkajian agama. Meskipun gagasan ini menimbulkan perselisihan kalangan sarjana, ia telah mendorong pewacanaan keberagaman agama pada masa kini sekaligus menarik perhatian masyarakat khususnya di Alarn Melayu. Gagasan unik ini berupaya menjadi rumus manjur dalam menangani pertelingkahan agama, justeru berdaya untuk menyubur ketenteraman hidup dan kemesraan bergaul dalam kemajmukan. Shaykh Hamzah Fansuri yang hidup di Acheh sekitar abad ke-15 dan 16 Masihi ialah sosok paling cocok bagi mewakili kearifan tempatan dalam cetusan pengujarannya. Justeru, kajian ini dilakukan dengan mencerakinkan kandungan karya-karyanya bagi meneliti wahdat al-adyan menurut Hamzah Fansuri dari sudut pandangan, asas, dan pendekatan dalam menghadapi kesan pertentangannya dengan pegangan agama, di samping disokong dengan analisis konsep, sejarah, retorik, dan perbandingan. Penelitian ini menemukan bahawa Hamzah Fansuri menggagaskan dua sudut pandang meliputi kesatuan dan kepelbagaian agama. Kesatuan tersebut merangkumi makrifat bahawa Allah ialah Pencipta serta Yang Disembah oleh semua agarna dan Allah ialah Tuhan semua agama. Kepelbagaian pula mencangkumi hakikat bahawa kepelbagaian agama ialah suatu fitrah dan suatu kesempumaan. Manakala asas penggagasan ini ialah tauhid yang melingkupi keesaan Allah sebagai Ilah yakni Yang Hanya Disembah serta Yang Sentiasa Bersama makhluk-Nya dan sebagai Rabb yakni Yang Maha Penentu serta Yang Maha Bijaksana terhadap makhluk-Nya. Pendekatan beliau dalam menghadapi pertentangan antara wahdat al-adyan dan pegangan agama mencakupi sudut akidah dan syariat. Kewaspadaan terhadap ittihad dan hulul memenuhi perbincangan akidah. Sementara ikutan terhadap Sunnah Nabi Muhammad SAW dan keteguhan terhadap ajaran Islam menempati perbahasan syariat. Kajian ini menyumbang ke arah pemahaman lebih mendalam mengenai wahdat al-adyan yang dapat dijadikan kaedah khusus dalam perbandingan agama di samping mengangkat ketokohan Hamzah Fansuri dalam bidang ini sekaligus merintis penerokaan lebih jauh mengenainya.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) |
Divisions: | Universiti > Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Depositing User: | Encik Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin |
Date Deposited: | 29 Oct 2024 19:18 |
Last Modified: | 29 Oct 2024 19:18 |
URI: | https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/41 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |