KEKUASAAN POLITIK DALAM AL-QUR‘ĀN DAN AL-SUNNAH DAN ANALISIS ISU-ISU POLITIK TERPILIH DI MALAYSIA

SALLEH HUDIN, ABU HAFIZ (2020) KEKUASAAN POLITIK DALAM AL-QUR‘ĀN DAN AL-SUNNAH DAN ANALISIS ISU-ISU POLITIK TERPILIH DI MALAYSIA. Doctoral thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] Text
Abu Hafiz Salleh Hudin Full Thesis-November 2020 IPS USM.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Amalan politik, pentadbiran dan pemerintah umat Islam lebih seribu empat ratus tahun yang lalu telah berjalan dengan rekod sejarah tanpa panduan jelas dan terperinci yang diwariskan oleh Nabī ṣallallāhu ‘alahi wa sallam tentang bagaimana ia mesti diuruskan setelah ketiadaan baginda. Para ṣaḥābat dan umat Islam selepas itu berusaha sebaik mungkin memanfaatkan asas panduan umum yang ada dalam al-Qur‘ān dan al-Sunnah bagi mentadbir sebuah negara. Namun, semangat kumpulan Islamis pasca kemerdekaan dari penjajahan dalam negara umat Islam moden yang ingin kembali kepada amalan bernegara mengikut acuan Islam, kadangkala menjadikan beberapa juzuk kecil amalan pentadbiran Islam sebagai syarat utama identiti bernegara seperti pelaksanaan ḥudūd. Pelaksanaan demokrasi yang meletakkan mandat popular sebagai antara tonggak utama dalam pemilihan pemimpin dan penentuan keputusan telah membuatkan kodifikasi dan pelaksanaan hukum ḥudūd, sebagai contoh, dalam negara umat Islam tidak menjadi perkara yang mudah untuk diuruskan. Tiga objektif kajian ini adalah mengkaji pemerolehan kekuasaan politik (al-Tamkīn) dan mandat popular (al-Miṣdāqiyyah al-Ijtimā'iyyah) dalam al-Qur‘ān dan al-Ḥadīth, menyelidiki perbahasan teks Islam dan ijtihād ulamā’ berhubung penangguhan pelaksanaan hukum syara’ dalam negara serta menganalisis isu-isu politik terpilih dengan aplikasi referendum dalam menentukan status pelaksanaan sesebuah hukum syarī’ah dari perspektif Islam. Pendekatan penyelidikan kualitatif melibatkan kaedah deskriptif dan kajian perpustakaan lebih banyak digunakan kerana melibatkan kutipan pandangan, ulasan dan ijtihad melalui tulisan para sarjana Islam. Manakala pendekatan kuanitatif melibatkan kaedah temubual dengan sejumlah tokoh berbagai latarbelakang dan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu politik-agama yang dikaji. Keseluruhan data dan hasil temubual disaring secara induktif dan deduktif untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Qur‘ān tidak memperincikan kaedah pemerolehan kekuasaan politik menggunakan pecahan perkataan al-Tamkīn, manakala penentuan keputusan melalui mandat popular punyai asas dan asal dalam rekod al-Sunnah. Begitu juga sememangnya terdapat bukti bahawa Nabī ṣallallāhu ‘alahi wa sallam pernah membuat penangguhan pelaksanaan hukum syara’. Selain itu, dua isu politik-agama terpilih dalam kajian ini terbukti memenuhi lima syarat pelaksanaan referendum melalui amalan Mandat Popular atau al-Miṣdāqiyyah al-Ijtimā'iyyah serta diyakini dapat menjadi solusi alternatif kepada permasalahan yang timbul.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Political Science > Political theory
Depositing User: ENCIK SAIFUL FADZLY JAMALUDIN
Date Deposited: 30 Sep 2026 15:15
Last Modified: 30 Sep 2026 15:15
URI: https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/454

Actions (login required)

View Item View Item