AKTIVITI ANTIVIRUS EMPAT EKSTRAK TUMBUHAN TEMPATAN DAN SEBATIAN TERBITAN STIRILPIRON (SPD) TERHADAP VIRUS DENGGI SEROTIP 2 (DENV-2)

NOOR ZARINA BINTI ABD WAHAB, NOOR ZARINA (2020) AKTIVITI ANTIVIRUS EMPAT EKSTRAK TUMBUHAN TEMPATAN DAN SEBATIAN TERBITAN STIRILPIRON (SPD) TERHADAP VIRUS DENGGI SEROTIP 2 (DENV-2). Doctoral thesis, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

[img] Text
AKTIVITI ANTIVIRUS EMPAT EKSTRAK TUMBUHAN TEMPATAN DAN SEBATIAN TERBITAN STIRILPIRON (SPD) TERHADAP VIRUS DENGGI SEROTIP 2 (DENV-2).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (34MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menentukan potensi ekstrak empat tumbuhan tempatan dan sebatian terbitan stirilpiron (SPD) sebagai agen antivirus terhadap virus denggi serotip 2 (DENV-2). Hasil ujian sitotoksik semua bahan ujian terhadap sel Vero menunjukkan nilai kepekatan 50% sitotoksiti (CC50) adalah di antara 0.0085 sehingga 36 mg/mL. Nilai ini menunjukkan kesemua bahan ujian tidak toksik terhadap sel dan selamat digunakan. Berdasarkan ujian pengurangan pembentukan fokus, kesemua bahan ujian mempunyai aktiviti antivirus dengan indeks pemilihan (SI) diantara 8 hingga 20. Berdasarkan nilai SI yang paling tinggi, maka mod tindakan antivirus oleh SPD telah dikaji. Kajian mod tindakan melibatkan ujian penembusan, perlekatan, sela masa penambahan, sela masa penyingkiran dan kebolehjangkitan progeni. Ujian sela masa penambahan SPD telah dilakukan pada sela masa berbeza (2, 6, 12, 24, 48, 72, 96 dan 120) selepas jangkitan (j.p.j). Aktiviti SPD terhadap DENV-2 didapati paling optimum apabila diberi pada 2 j.p.j. yang menyebabkan lebih daripada 80% pengurangan pembentukan fokus. Dalam ujian sela masa penyingkiran, rawatan dengan SPD menyebabkan 29% pengurangan pembentukan fokus seawal 2 j.p.j. dan mencapai lebih daripada 80% perencatan selepas 96 j.p.j. Ini bermaksud SPD mampu menghalang aktiviti DENV-2 pada fasa awal replikasinya. Aktiviti antivirus SPD terhadap proses perlekatan DENV-2 adalah tinggi kerana peratusan pengurangan pembentukan fokus adalah 80% oleh 25 p.M SPD. Ujian perlekatan menunjukkan bahawa SPD menghalang perlekatan DENV-2 berkadaran dengan dos yang digunakan. SPD juga mampu mencegah penembusan DENV-2 ke dalam membran sel pada fasa awal jangkitan iaitu seawal 15 minit selepas jangkitan. Ujian kebolehjangkitan progeni telah dijalankan bagi menentukan daya jangkit virion yang terhasil daripada jangkitan awal. Ini dilakukan dengan menilai keupayaan progeni virus untuk menjangkiti semula sel perumah selepas didedahkan dengan SPD. Hasil menunjukkan bahawa mekanisma tindakan SPD dalam menurunkan tahap kebolehjangkitan progeni adalah tinggi kerana nilai peratusan perencatan tertinggi melebihi 100%. Analisis pengekspresan gen melalui transkripsi berbalik PCR masa nyata kuantitatif (qRT-PCR) menggunakan gen-gen DENV-2 terpilih dilakukan untuk melihat tahap pengekspresan gen pada fasa yang berbeza seperti perlekatan (E), replikasi RNA (NS3), transkripsi protein (NS5) dan pemasangan progeni virus (prM). Hasil menunjukkan bahawa tahap pengekspresan gen-gen ini di dalam sel teijangkit yang dirawat dengan SPD berkurang berbanding dengan sel teijangkit tanpa rawatan. Analisis immunositokimia dan ELISA in situ digunakan untuk melihat kesan rawatan SPD terhadap pengekspresan protein E, prM, NS3 dan NS5. Pendokkan molekul in silico mengesahkan bahawa SPD boleh berinteraksi dengan kesemua protein virus pilihan melalui ikatan hidrogen dan interaksi yang lain. Kajian ini menunjukkan bahawa SPD mempunyai potensi sebagai anti-DENV-2 melalui gangguan terhadap perlekatan dan penembusan virus ke dalam sel, penyahaktifan partikel virus ekstrasel, pengurangan kebolehjangkitan progeni virus dan penurunan kadar pengekspresan gen dan protein DENV-2 pada fasa replikasi virus yang berbeza.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: Universiti > Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Depositing User: Encik Mohd Zulkarnain Hassan bin Mohd Zainudin
Date Deposited: 03 Oct 2024 19:05
Last Modified: 04 Oct 2024 09:19
URI: https://repositori.mohe.gov.my/id/eprint/8

Actions (login required)

View Item View Item